CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 1, 2010

Akta Hasutan 1984


This Seditious Act is the most important act that need to be clarified by all media in Malaysia.


AKTA HASUTAN 1984

1. Sebilangan perkara yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara yang dianggap sensitif itu termasuklah kedudukan berdaulat Raja-Raja; status Islam sebagai agama Persekutuan; kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; hak istimewa orang Melayu; pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu dan hak-hak lain yang diberikan kepada mereka selepas mendapat taraf itu. Sebahagian besar perkara-perkara itu telah dikategorikan sebagai tidak boleh dipersoalkan di bawah Akta Hasutan pada 1971 selepas terjadinya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.

2. Kedudukan orang Melayu sebagai penduduk pribumi dan pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu telah menjadi perbincangan terbuka menjelang Pilihan Raya Umum 1969 itu sehingga membangkitkan api kemarahan yang akhir mencetuskan pergaduhan. Untuk menghindari berulangnya tragedi berdarah seumpama itu, maka kerajaan memutuskan untuk menjadikan isu itu sebagai perkara yang sensitif. Siapa juga yang membangkitkan yang mempertikaikan soal-soal yang sudah dianggap selesai itu boleh didakwa sebagai mempunyai kecenderungan menghasut di bawah Akta Hasutan. Kecenderungan menghasut ditafsirkan oleh akta itu sebagai kecenderungan bagi:

• Mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
• Membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan diubah, dengan apa-apa cara lain daripada cara yang sah, apa-apa juga yang tertubuh menurut undang-undang dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan
• Menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak suka terhadap pentadbiran keadilan dalam Malaysia atau dalam mana-mana negeri
• Menimbulkan rasa tidak puas hati atau tidak suka di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri.

3. Menyoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan-peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

4. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang disebut dalam Akta Hasutan itu merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; Perkara 153 pula perizaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu dan Perkara 181 pula perkecualian kedaulatan Raja-Raja. Menjadi satu kesalahan bagi siapa juga, termasuk para wartawan untuk mempersoalkan perkara-perkara itu.

5. Secara lebih spesifik, dua jenis kesalahan dikategorikan di bawah Akta Hasutan ini seperti yang dinyatakan dalam seksyen 4. Kesalahan kategori pertama meliputi: melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau bermuafakat dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau jika dilakukan, tetap melakukan kecenderungan menghasut; menyebut apa-apa perkataan menghasut; mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluar ulang apa-apa penerbitan menghasut dan mengimport apa-apa penerbitan menghasut. Di kalangan yang melakukan kesalahan kategori pertama buat kali pertama dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan seterusnya, tempoh penjara itu ditambah menjadi tidak lebih lima tahun.

6. Kesalahan kedua di bawah Akta Hasutan ialah apabila seseorang itu ada dalam miliknya dengan tiada apa-apa sebab yang sah apa-apa penerbitan menghasut. Bagi kesalahan pertama, hukuman denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lapan belas bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan. Bagi kesalahan seterusnya hukuman denda ditambah tidak lebih daripada tiga tahun dan penerbitan itu hendaklah dirampas dan boleh dimusnahkan.

Akhbar Utusan Melayu bersama dengan seorang pemberita, penyunting dan Ketua Pengarang Kumpulannya pernah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 ini pada 1971 kerana melaporkan ucapan Tan Sri Musa Hitam yang kononnya mencadangkan supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Kenyataan itu dianggap menghasut kerana kedudukan sekolah Cina dan Tamil adalah dilindungi oleh Akta Pelajaran 1960.

0 comments: